Saturday, March 6, 2010

Promotion Video Homestay Seterpa


Klik pada link di bawah untuk melihat video ringkas Homestay Seterpa:-
Click at the link below to see a short clip on Homestay Seterpa:-  


Posted by,
Dr. Mohamed Saat Ismail
at 18:28 on 6th March 2010

Saturday, February 27, 2010

International Media Fam on Big Motorcycles (24-26 Feb 2010)

 
 Ketibaan Rombongan Motor Besar ke Kampung Homestay Seterpa
Pada 24hb Febuari 2010, satu rombongan International Media Fam Trip on Big Motorcycles datang ke Homestay Seterpa. Mereka tiba pada jam 6 petang dengan sambutan Tetuang, Bunga Manggar, Kertuk, Galah Panjang, Gendang dan Serunai.Mereka semua kemudian diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing dan dijamu dengan Kuih Apam dan Air Teh O' Beng.

Pada malamnya, ada pogram dikir barat untuk hiburan rombongan. Ramai rombongan yang menyertai awak-awak dalam membuat tepukan dan gaya-gaya dikir barat dan bersama-sama memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut.

Pada padi 25hb Febuari 2010, mereka semua disajikan dengan program "canting" batik, demonstrasi kerbau membajak sawah, demonstrasi "menyadat" air tuak, demonstrasi beruk memanjat kelapa, dan permainan gasing.

 
Pada sebelah petang pula, mereka dapat menikmati keindahan kehijauan sawah padi sambil melihat wau bulan dinaikkan, menangkap ikan menggunakan serkap, demonstrasi menoreh getah dan acara tarik tali dengan orang kampung.

 
Pada sebelah malamnya pula, mereka semua bersama keluarga angkat masing-masing pergi membeli belah di Wakaf Che Yeh. Sangat seronok bila kami semua dapat "concur" Wakaf Che Yeh ramai-ramai, tambah-tambah di kalangan kami ada "Italian", "Aussie", "Austrian" dan banyak lagi. 
Pada keesokan paginya, mereka semua "check out" daripada rumah keluarga masing-masing dan akan meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands dan tempat yang lain. Terima kasih diucapkan kepada rombongan International Media Fam Trip on Big Motorcyles yang sudi datang ke kampung kami yang tidak seberapa ini, Mega Fam Unit Communictions & Publicity Division Tourism Malaysia, pihak-pihak Media yang terlibat, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program, penduduk kampung Seterpa dan sekitarnya, mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini. Semoga Allah membalas jasa anda semua.

 

  

  

 
Disediakan oleh,
Dr. Mohamed Saat Ismail
27hb Febuari 2010
10.05 malam

Thursday, February 18, 2010

Pelancong Jepun Datang Menginap di Homestay Seterpa

Gambar Pengerusi Homestay Seterpa bersama Rombongan Pelancong Jepun


Miss Areka dan Matsumashi mencuba alat muzik tradisional iaitu Kertok


Selamat menjamu selera, masakan ala Kelantan (budu, ulam-ulaman, ikan bakar dan banyak lagi)

Pada 17hb Febuari 2010, 9 malam, Homestay Seterpa mendapat kunjungan Pelancong daripada Jepun yang hadir untuk merasai kehidupan di kampung. Mereka datang ke sini di bawah tajaan Kerajaan Jepun untuk menyingkap kehidupan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Negara Malaysia.

Di samping kajian dan penyelidikan mereka, mereka juga sempat belajar Bahasa Melayu. Selama 6 bulan mereka di Malaysia, mereka sudah fasih dalam bertutur kata menggunakan Bahasa Ibunda kita.

Program ini diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan yang diterajui oleh pengarahnya iaitu En. Md. Noor bin Chik. Terima kasih kepada beliau dan warga kakitangan JKM Negeri Kelantan dan warga staf Pemulihan Dalam Komuniti Darul Kauthar dengan sumbangan yang diberikan.

Jutaan terima kasih juga kepada Pasukan Dikir Barat Sri Rahmat, Pasukan Kertok, Pasukan Galah Panjang, AJK Makanan, Pak Do Solah selaku Tuan Rumah dan sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjalankan program ini.

Sekian, wassalam.
Dr. Mohamed Saat bin Ismail
Pengerusi Homestay Seterpa
18hb Febuari 2010